Melayu Malaysia Forum

.: Komuniti Melayu Malaysia Yang Lain Daripada Yang Lain :.
 
HomeHome  GalleryGallery  RegisterRegister  Log in  
December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
CalendarCalendar
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» Hiv Hearbal Drug Therapy Canada
Thu Aug 04, 2011 7:59 am by Guest

» buy guaranteed facebook fans dp
Wed Aug 03, 2011 3:09 am by Guest

» When the first Whirlpool Duet album was released in December 2001 came as a surprise to the public
Tue Aug 02, 2011 8:09 am by Guest

» Medicines From Rainforest Plants
Mon Aug 01, 2011 3:40 am by Guest

» Memorial Family Medicine Bryan Tx
Thu Jul 28, 2011 10:53 pm by Guest

» Rahsia Awet Muda Para Wanita
Mon May 16, 2011 11:07 pm by ASBN

» TuneTalk Sumber Menjana Pendapatan Bulanan
Mon May 16, 2011 11:01 pm by ASBN

» email 2 money
Tue Nov 16, 2010 10:58 pm by coolerzzz

» email 2 money
Tue Nov 16, 2010 10:58 pm by coolerzzz

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 16 on Mon Oct 05, 2009 9:14 pm
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Statistics
We have 57 registered users
The newest registered user is warrcleme

Our users have posted a total of 532 messages in 122 subjects
Poll
Advert
Adv

Share | 
 

 Sekelumit Senyuman, Selaut Keuntungan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
mira
Moderator
Moderator


Female
Number of posts : 130
Age : 106
Location : Selangor, Malaysia
Registration date : 2008-07-09

PostSubject: Sekelumit Senyuman, Selaut Keuntungan   Tue Sep 16, 2008 8:13 am

Selepas pulang dari Syam dengan membawa keuntungan yang banyak, Khadijah binti Khuwailild kagum dengan Muhammad. Beliau ingin tahu bagaimana Muhammad dapat menjalankan urus niaganya sampai mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda. Khadijah memanggil Maisarah, iaitu pembantu lelakinya yang turut bersama Muhammad berniaga ke Syam.

"Maisarah, bagaimana Muhammad menjalankan perniagaan ini sehingga mendapat keuntungan yang besar?" Tanya Khadijah, janda dan hartawan itu kepada Maisarah.

Maisarah dengan senang hati menceritakan, "Puan, sesungguhnya saya kagum dan hairan melihat Muhammad berurus niaga. Cara yang beliau lakukan berlainan sekali dengan kebanyakan orang berniaga. Biasanya peniaga-peniaga bangsa kita akan meletakkan harga barang dagangan setinggi-tinggi harga yang boleh. Ini bagi mendapatkan keuntungan yang lebih. Tetapi Muhammad lain pula caranya, puan."

"Apakah cara yang lain itu, wahai Maisrah?" Tanya Khadijah tidak sabar ingin mendengar keterangan Maisarah.

"Muhammad akan memberitahu pembeli dengan harga pokok barang yang hendak dijual. Kemudian beliau akan meminta pembeli membayar harga yang pembeli itu mahu. Dengan demikian, pembeli berasa senang hati kerana mereka tidak berasa tertipu seperti peniaga lain yang inginkan keuntungan yangn cepat. Malah mereka terus membeli kesemua barang kita puan," lapor Maisarah dengan senang hati.

Khadijah tersenyum mendengar cerita Maisarah.

"Satu lagi, puan!" Tiba-tiba Maisarah menyambung percakapannya.

"Apa dia Maisarah? Ceritakanlah," kata Khadijah.

"Muhammad sangat mulia hatinya, puan. Beliau akan menjual pada harga asal kepada orang miskin yang memerlukan barangnya tanpa menawarkan harga yang lebih seperti beliau menjual kepada pembeli lain. Beliau bertimbang rasa dan sangat bersimpati pada orang miskin," sambung Maisarah.

Khadijah semakin seronok mendengar cerita Maisarah. Beliau tersenyum. Belilau sendiri sebenarnya kagum dengan kemuliaan hati Muhammad. Sifatnya yang jujur dan amanah disenangi oleh semua orang.

"Ada satu lagi yang puan perlu tahu berkenaan Muhammad," kata Maisarah apabila melihat majikannya tersenyum sendirian.

"Saudara ini, ceritakanlah sahaja semuanya. Jangan biarkan saya bertanya," kata Khadijah.

Sambil tersenyum Maisarah menceritakan, "Satu lagi yang menjadikan barang-barang dagangan kita laris terjual semasa di Syam adalah kerana Muhammad juga. Wajahnya yang tampan itu sentiasa terukir dengan senyuman. Beliau sentiasa tersenyyum pada semua orang yang berurusan dengannya. Walaupun Muhammad tidak banyak bercakap, tetapi beliau sentiasa memberikan senyuman. Dengan senyuman beliau itu sudah cukup membuatkan barang-barang kita habis terjual," ujar Maisarah sambil mengusik majikannya.

Khadijah berpuas hati dengan pekerja lelakinya itu. Beliau tertarik semenjak kali pertama melihat Muhammad.

"Baiklah, saudara boleh pergi sekarang. Jika ada keperluan, saya akan memanggilmu," kata Khadijah kepada Maisarah.

Sambil tersenyum Maisarah meninggalkan majikannya itu keseorangan. Maisarah tahu ada sesuatu yang sedang mengganggu dan mengusik jiwa kewanitaan majikannya yang sedang membunga rasa cinta pada Muhammad.


_________________
How we spend our days is, of course, how we spend our lives
Back to top Go down
View user profile http://melayu-malaysia.netboarder.com/
 
Sekelumit Senyuman, Selaut Keuntungan
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Melayu Malaysia Forum :: Nur Islam :: Seindah Senyuman Rasulullah-
Jump to: