Melayu Malaysia Forum

.: Komuniti Melayu Malaysia Yang Lain Daripada Yang Lain :.
 
HomeHome  GalleryGallery  RegisterRegister  Log in  
December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
CalendarCalendar
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» Hiv Hearbal Drug Therapy Canada
Thu Aug 04, 2011 7:59 am by Guest

» buy guaranteed facebook fans dp
Wed Aug 03, 2011 3:09 am by Guest

» When the first Whirlpool Duet album was released in December 2001 came as a surprise to the public
Tue Aug 02, 2011 8:09 am by Guest

» Medicines From Rainforest Plants
Mon Aug 01, 2011 3:40 am by Guest

» Memorial Family Medicine Bryan Tx
Thu Jul 28, 2011 10:53 pm by Guest

» Rahsia Awet Muda Para Wanita
Mon May 16, 2011 11:07 pm by ASBN

» TuneTalk Sumber Menjana Pendapatan Bulanan
Mon May 16, 2011 11:01 pm by ASBN

» email 2 money
Tue Nov 16, 2010 10:58 pm by coolerzzz

» email 2 money
Tue Nov 16, 2010 10:58 pm by coolerzzz

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 16 on Mon Oct 05, 2009 9:14 pm
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Statistics
We have 57 registered users
The newest registered user is warrcleme

Our users have posted a total of 532 messages in 122 subjects
Poll
Advert
Adv

Share | 
 

 Buat Aku Tersenyum

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
mira
Moderator
Moderator


Female
Number of posts : 130
Age : 106
Location : Selangor, Malaysia
Registration date : 2008-07-09

PostSubject: Buat Aku Tersenyum   Fri Jul 11, 2008 8:20 am

"Kenalkan ini Cik Nurul Syaza, pegawai pembangunan sistem kita yang baru. Dia akan menggantikan Tuan Haji Abdul Rahman,"

Seorang gadis berbaju kurung bunga-bunga kuning kecil, bertudung litup berdiri di sebelah Dato’ Mukhlis. Nampak gayanya inilah budak perempuan yang Dato’ Mukhlis citerkan padanya. Not bad, nama dah moden tapi dressing memang sah kekampungan nelayan sungguh la. Ni, mana ceruk pedalaman Dato’ ambil budak ni. Dengan speck besar zaman ago go, sah la budak ini out feshion sungguh. Hafeez hampir mencetuskan ketawanya, tetapi sempat disiku oleh Kak Hamidah.

"Razif ke mana?" hairan jugak dia, selalunya pegawai pembangunan sistem kanan itu akan sampai ke pejabat terlebih awal, dia bukan kaki ponteng.

"Dia ada meting dengan CBE & Assosiates dato’. Semalam dia ada beritahu, dia akan ke sana terus dari rumah, takut jalan sesak, nanti lewat pulak dia ke mesyuarat. Lagipun bukannya Dato’ tak tau, firm tu pancual sangat," panjang penerangan Kak Hamidah, setiausaha peribadi dato’ Mukhlis.

"Tak pelah, nanti kalau dia dah balik opis, suruh dia masuk bilik saya ye,"

"baik dato’,"

Puas Angah Syuhada memujuk dia supaya jangan memakai cermin mata ago go tu. Besau semacam kata Angah Syuhada. La, nak buat macam mana. Kata lekap dia terjatuh kat bilik air, hilang pulang tu. Penat mencari, bangun seawal mungkin. Tiba-tiba musibah menjengah hari. Aduhai, apalah malangnya hari ni. habis tu, takkan nak datang opis ni dengan mata yang rabun teruk. Daripada nak buat penaya kat diri sendiri, cermin mata pertamanya zaman persekolahan itu dirembat. Lantak lah, daripada jadi orang buta. Umi dengan walid pun senyum saja. Ala, tahu lah Achik Yaza, terlebih comel.

"Lama tak jumpa, awak masih macam tu jugak ye," Merah padam mukanya. Awat la, Dunia ni punyalah luas, tapi dengan mamat perasan ni jugak aku kena jumpa. Dari atas sampai ke bawah lelaki itu memandangnya. Macam la aku ni model baju kurung dengan cermin mata ago go kat sini.

Dia dapat melihat reaksi terkejut yang terlakar pada wajah itu semasa dia diperkenalkan. Masih sama seperti 5 tahun lepas. Tidak banyak yang berubah melainkan kumis nipis yang menambahkan manisnya adam ini. Kononnya, dialah jejaka idaman malaya. Uwekk, mahu termuntah aku mendengarkan kata-kata ego lelaki itu. Eleh, tok wan aku kat Kuala Kedah lagi handsome la.

"Masih setia lagi awak dengan baju kurung tu ye?" suka hati aku la. Menyampah rasanya nak tengok muka lelaki itu. Menyakitkan hati.

Kalau ikutkan rasa hatinya, mahu saja dia cabut balik rumah. Pelik bebenor ke pakaian yang dia pakai. Macam tak pernah tengok orang pakai baju kurung dengan tudung agaknya! Patut lah, hidup tak berdunia gini lah jadinya.

Kat opis tu, Cuma ada tiga staf perempuan termasuk dia. Kak Hamidah, wanita berusia pertengahan 30-an, memang cantik tapi sayangnya dia tak pakai tudung. Janda beranak 2, seorang yang peramah, mudah menghulurkan senyuman. Yang seorang lagi, Jasmin Yusrina. Awal 20-an, sama spesies jugak. Rambutnya memang cantik, ala-ala iklan pantene. Kan lagi cantik kalau tutup, jadi jugak iklan Sun Silk wardina tu. Dan dari Kak Hamidah, dia tahu Jasmin Yusrina ni dah lama admire kat musuh ketat dia! Patut lah jeling semacam saja bila musuh ketat aku tu berbual dengan aku. ambil lah, sorry to say, mamat tak cukup aqal tu dah lama mati dalam hidup aku.

Kalau tidak memandangkan, Ayah Ude yang meminta tolong, mati hidup balik takkan dia nak menayakan dirinya sendiri. Ada ke patut, Ayah Ude suruh dia merepairkan staf kat opis dia. Bunyi macam pelik! Tapi, bila dia dah berada dalam suasana opis ni, memang betul apa yang Ayah Ude katakan.

"Achik Yaza, tolonglah Ayah Ude ye," Ayah Ude memang power memujuk orang. Merayu saja, ramai lah yang simpati kat dia. Patut lah, arwah Mak Ude tertangkap cintan.

"Nak tolong bagaimana Ayah Ude? Orang belajar repair sistem, bukannya repair orang," Ayah Ude ni sihat ke idak.

"Ayah Ude tau, Achik yaza boleh tolong Ayah Chik. Kita sama-sama tarbiyyahkan staf kat opis Ayah Ude tu. Sedih Ayah Ude, sok mati mana lah tau. Apa yang Ayah Ude nak jawab kat masyhar? Mereka semua anak buah Ayah Ude, tanggungjawab Ayah Ude. Terasa berat dosanya kalau Ayah Ude tak berupaya nak bawa mereka ke arah kebaikan,"

Mula dah. Sejak Ayah Ude insaf dua tiga menjak ni (berkesan sungguh ceramah walid kat sural al-Ikram), bukan sekali dua dia disogokkan dengan kerisauan Ayah Ude. Katanya biar lah perniagaan yang dijalankan mendatangkan keuntungan yang tidak akan membakar dia di akhirat. Malah ia mampu menolongnya untuk melangkah tanpa tersungkur di titian Siratulmustaqim. Tidak cukup dengan itu, Ayah Ude merasuah dia. Pakej menunaikan umrah jika dia setuju dengan usul Ayah Ude. Pandai lah tu. Tambah pulak, umi dan walid menyokong. Makin beria lah.

_________________
How we spend our days is, of course, how we spend our lives
Back to top Go down
View user profile http://melayu-malaysia.netboarder.com/
mira
Moderator
Moderator


Female
Number of posts : 130
Age : 106
Location : Selangor, Malaysia
Registration date : 2008-07-09

PostSubject: Re: Buat Aku Tersenyum   Fri Jul 11, 2008 8:22 am

Pagi-pagi lagi, Nurul Syaza telah bersiap. Pagi ni seperti biasa rutin harian, terpaksalah dia berusaha dengan gigih untuk berebut dengan penumpang LRT yang lain. Aduhai...penat tu memanglah. Walid dengan along tak pula menawarkan perkhidmatan percuma, kata walid dia harus belajar berdikari. Ye lah tu,ni memang berdiri atas kaki sendiri lani. Jarang benar dia dapat duduk aman. Sudahnya, berdiri atas kaki sendiri la jawabnya. Skill berebut perlu expert, kalau tidak alamatnya..tertinggallah seorang-seorang.

Memang la jarak dari stesen Daro’ Keramat ke stesen Dang Wangi tidaklah mengambil masa yang lama, namun berebut-rebut dalam LRT tu cukup menyesakkan hidupnya. Macam-macam bau ada. Bau perfum lah, bau perfum semulajadi lah. Macam-macam gangguan seksual boleh terjadi.. gangguan seksual? tiba-tiba darahnya terasa panas, ada tangan yang melekap di punggungnya!!! Ya Allah...

"Hai akhir-akhir ni, kes rogol dah jadi macam benda wajib keluar kat paper tiap-tiap hari. Risau akak, tak selamat rasanya dok kat dunia ni,"

Suara kak Hamidah yang ala-ala dramatis Wan Maimunah jelas sampai kat telinga dia. hati teringin untuk menyampuk, tapi bila memandangkan hampir sebeban fail-fail pembangunan fasa I yang masih belum dihadami, dia mematikan hajat.

Ini lebih penting lagi, nanti mengamuk pulak mamat perasan tu. Dah la, semalam tiba-tiba saja hangin satu opis. Geram sungguh! Ada ke patut, proposal yang 2 hari 2 malam aku siapkan, dia campak ke dinding. Orang bagi dia baca, dia bagi kat dinding pulak. Gila ke apa?! tiba-tiba saja fail biru aku tu ada sayap, boleh pula fly. Tapi sayangnya sayap dia patah, akhirnya tersadai kat tepi dinding.. Jadilah al kisahnya flying fail. Dinding tu mana boleh baca!

"aku suruh anda kemaskinikan proposal yang dah siap. Yang anda memandai nak ubah 100 % proposal tu sapa suruh?! Kalau tak reti, ringankan mulut tu bertanya. Ini tidak menyusahkan orang sungguh,"

"Tapi saya Cuma perbaharui saja kertas cadangan ni, yang lama nampak macam tak upgrade saja...,"

"anda tu orang baru, apa tau,"

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja. Itu lebih baik daripada dia berterusan melayan amarah razif. Entah apa kena dia hari ni, bulan mengambang agaknya. Dah la dia sampai lewat ke opis, terus saja kena sembur. Tangan dia masih terasa sakit. Sekarang suara razif sudah semakin perlahan, yang dia dengar adalah suara mengerang seorang lelaki india. Rasakan!!! Itulah padahnya jika menyalahgunakan tangan yang Tuhan bagi.

Peristiwa pagi tadi kembali terlayar. Dengan sekuat hati, dia menyinggung dengan sikunya ke perut yang empunya tangan itu. Kakinya dihentakkan sekuat mungkin di atas kaki lelaki itu. Terdengar lelaki itu mengerang. Beberapa orang yang lain cuba untuk meleraikan. Prihatin sungguh rakyat malaysia ni rupanya! Merayu lelaki india itu meminta maaf daripada dia. Kalau boleh dia ingin memanjangkan perkara itu sehingga kepada polis. Namun, melihat pada wajah yang sedang berkerut menahan kesakitan dan menangis itu, hatinya lembut seketika. Dan dia tersenyum puas kerana dia berjaya mengajar orang gatal tak tau jaga tangan itu.

"Susah betul la cakap dengan batang kayu ni, boleh dia dok senyum seorang-seorang," eh, awat ada suara Razif pulak?! Kenapa Razif wujud dalam drama tadi? Dia ke hero yang sepatutnya datang melanyak watak jahat? Dia kah...

Pang!!! Bahunya terasa perit... sesuka hati mak nenek dia saja nak menampar anak dara orang. Dah la bukan mahram! Batal air sembahyang aku..

_________________
How we spend our days is, of course, how we spend our lives
Back to top Go down
View user profile http://melayu-malaysia.netboarder.com/
mira
Moderator
Moderator


Female
Number of posts : 130
Age : 106
Location : Selangor, Malaysia
Registration date : 2008-07-09

PostSubject: Re: Buat Aku Tersenyum   Fri Jul 11, 2008 8:25 am

"Aku nak fail projek kat Nilai bukannya yang ni, anda ni pekak ke hapa,"

Melayang lagi fail tu ke dinding...akhir akhir ni, kes flying fail selalu terjadi. kasihan tengok Hafeez, merah padam muka dia menahan malu. Hari ni, Razif mengamuk dekat semua orang dalam opis. Kecut jugak perut aku. Entah Kenapa, akhir-akhir ni sokmo dia naik angin... Nak kata datang bulan, konfem la aku tersalah spesies. Habis dengan Hafeez, teman serumah @ kawan baik pun kena hamun apatah lagi kami yang bukan kawan baik ni, lagilah teruk.

Head phone terletak cantik atas kepala aku, ala ala penyanyi zaman ago go, kepala aku tergeleng-geleng.. ditambah pulak dengan lagu Pudar yang aku suka tu. Apa yang orang cakap pun, memang aku tak layan nya.

Adoiiii.... hanya itu sahaja yang termampu terlafaz, tatkala head phone dicabut kasar.

"woi... hang ni pasai pa,?"

"Nak dengar lagu, p disko la, sini untuk buat kerja!" terbeliak mata Razif memandang tepat padaku. Sejibik macam perogol bersiri!

Eleh, ingat aku takut ke?!

"Eh, ni hak saya nak dengar muzik. Dah cara saya macam tu, sambil buat kerja sambil dengar muzik, awak apa susah,"

"Yang kau melalak tu pa hal,"

"Orang lain tak bising pun, yang awak nak sibukkan ni pa hal,"

"Aku nak buat kerja la bengap,"

"So, what?!" Aku tersenyum sinis padanya. Aku macam nak balas dendam saja kat mamat ni. Suka hati dia saja nak jerkah, marah orang..ingat orang lain tak dahperasaan ke.

Dia terdiam. Tetapi... head phone aku berkecai dalam sekelip mata... kemudian, Razif berlalu sambil tersenyum padaku, sedangkan aku ketika itu masih terkebil-kebil dengan kejadian sekelip mata tadi.

Makkkkkkkkkkkk.... Head phone kesayangan hadiah along semasa along belajar di Jepun hancuuuuur.

Entah dari mana kekuatan. Aku meluru pada Razif, sebiji penumbuk padu aku lepaskan... Di luar kawalan aku...

Tiba-tiba pipiku terasa perit, ada tangan yang melekap..dan akhirnya pandangan aku berpinar dan kelam!

_________________
How we spend our days is, of course, how we spend our lives
Back to top Go down
View user profile http://melayu-malaysia.netboarder.com/
mira
Moderator
Moderator


Female
Number of posts : 130
Age : 106
Location : Selangor, Malaysia
Registration date : 2008-07-09

PostSubject: Re: Buat Aku Tersenyum   Fri Jul 11, 2008 8:27 am

Tit..Tit... Bunyi sms memenuhkan inbox hansetku. 1 jam kemudian barulah sms itu kulayan. Maaf ye, orang tengah buat kerja, jangan lah adanya gangguan... sungguh aku tak suka!

"Syaza, tolong kami! Jumpa kat Mid valley sekarang!"

Ni ayat perintah ke ayat suruh ni?! Akhir ni hafeez selalu sms denganku. SMS bersebab lah, bukannya cerita benda tak berpekdah. Malam2 ni nak ajak aku keluar, bukan Syaza lah namanya.

"Plezzz, ini soal hidup dan mati kawan kita!!!!!,"

Menyusul pula sms kedua. Mak ai, 5 tanda seru tu.. Ini memang kes serius.. Dengan bertemankan along (aku fobia sikit keluar memalam sengsorang ini), berpakaian seringkas mungkin, kami bertolak dengan keizinan walid dan umi.

Dari jauh, kami nampak Hafeez sedang memangku kepala seseorang di ribaannya. Kuamati betul-betul..Speck ago go aku ni, dah kekurangan power..jadinya terpaksalah aku mendesak pencaindera penglihatanku ini bekerja sedaya mungkin untuk mengecam manusia itu... Ya Allah....


"Dia dah tidur," hafeez beritahu padaku.

"Dah banyak kali Aku suruh dia elakkan diri daripada perempuan tu..tapi dia degil jugak! Haaa, itulah padahnya," sekali budak hafeez ni beleter, herrmmm boleh lah tahan jugak, nenek aku pun boleh tutup telinga.

Dan pada malam itu terbongkarlah kisah punca headphone aku hancuur berderai dan adegan gusti di opis tempoh hari. Along hanya menadah telinga sahaja.

Rupanya si razif tu ada masalah dengan seorang perempuan ni. Nama dia Suraya. Cun la jugak. Pakai tudung labuh lagi. Ala ala ustazah lah, senang cakap. perempuan tu minta putuskan hubungan dengan si Razif, meraung lah mamat perasan tu. Terpikir la jugak aku, razif tu sanggup pula membazirkan masa melayan perempuan yang dah tak nak kat dia tu. Kata hafeez lagi, razif dah lama minat kat suraya tu. Almaklumlah, suraya tu dulu budak praktikal kat opis. Dah hampir setahun razif berkawan dengan Suraya.

Teringat pulak aku, dulu-dulu masa kat kampus, si razif ni anti gila dengan bebudak pakai tudung labuh. Aku ingat lagi, razif ni panggil "khemah bergerak" kat bebudak yang pakai tudung labuh. Geram jugak la aku. Sebab, antara mereka yang digelar khemah bergerak tu kawan baik aku.jadi kes lah jugak.. razif oh razif...tu lah... kan Allah dah tunjuk, akhirnya terpikat jugak dengan khemah bergerak ini..hehehe

Razif pernah pergi ke rumah suraya. Keluarga suraya ternyata menolak Razif untuk menjadi ahli keluarga itu.. kata mereka, razif tidak sekufu dengan keluarga itu. Yelah, abang dan kakak Suraya adalah lulusan al azhar, yamman, dan mafraq. Si razif pulak, lulusan Uitm Shah Alam.. tempat pengajian yang menyeramkan, kata sepupuku. Tak kuat iman, imam boleh tumbang.

Seperti yang dijangkakan, razif tidak dapat menerima kenyataan itu. Ditambah pulak dengan Suraya yang hanya akur dengan keputusan keluarganya. Dan, inilah alkisahnya. Aku teranguk-angguk... konon macam faham lah.

Pap... aku menampar lengan aku yang berbalut sweater. ada nyamuk jugak kat kawasan perumahan eksklusif ni. Hafeez ada mengajak aku naik ke rumah dia, namun kutolak.. Memanglah along ada, tapi tak pelah..Aku ni tak biasa dok berkunjung rumah anak teruna orang.. Terasa kurang manisnya lah.. Lalu, kat parking lot ni pun boleh jadi port best nak bercerite.

"Syaza. Aku tau...Razif dengan kau tu pernah bermusuh. Dia pernah cerita kat aku kes anda masa kat kampus dulu. Tapi, dia salute kau. Sebab dia kata kau perempuan yang lain dari yang lain!," betul ke hafeez ni? Razif cakap macam tu?!

"Dan aku rasa..hanya kau sajalah yang mampu untuk memulihkan semangat Razif,"

Aku tergamam!

_________________
How we spend our days is, of course, how we spend our lives
Back to top Go down
View user profile http://melayu-malaysia.netboarder.com/
mira
Moderator
Moderator


Female
Number of posts : 130
Age : 106
Location : Selangor, Malaysia
Registration date : 2008-07-09

PostSubject: Re: Buat Aku Tersenyum   Fri Jul 11, 2008 8:29 am

Ayah Ude dah pun selamat berlepas ke Tokyo pagi tadi. Walid yang ngantornya. Sampai ke pagar rumah aku puas merayu kat Ayah Ude... Kenapalah aku yang dipertanggungjawabkan syarikat dia tu?! Takut, Elok2 saja syarikat tu, terus jadi haru hara dek kerana aku. Dah lah aku mengulang 2x paper management masa ngaji dulu. Ini pulak aku nak menguruskan syarikat yang besar ni.

"Ayah Ude nak, bila Ayah Ude balik saja dari Tokyo dalam sebulan, achik Yaza dapat membawa perubahan kepada opis Ayah Ude,"

Amboi, dia sedap2 p Tokyo. Aku terkapai-kapai kat sini. Sedepa muncung aku! Perubahan?! Huru hara lah opis tu aku kerjakan...

Kesudahannya, seperti yang dimaklumi.. Ayah Ude memang boleh menang award "Perayu Paling Handal"!


"Metin pukul 4 petang,? Terbeliak mata Hafeez.

"Aah..arahan daripada pemangku bos," kak Hamidah tersenyum sambil menjeling ke arah aku.

"Biar betul kak," hairan ibn ajaib jugak. Kebiasaannya Dato’ Mukhlis akan buat metin pagi2. petang-petang mesti ngantuk gila.

"Betul lah tu,"

Aik, macam tak puas hati saja mamat ni. Yang si razif pulak diam saja.. akhir-akhir ni aku tengok mamat tu memang down habis la. Hilang razif yang macho dan perasan yang aku kenal 3 tahun lepas. Semuanya kerana wanita!

Tepat pukul 4 petang, metin berjalan seperti yang kurancangkan. Memang nampak ada riak-riak protes. Aik, sapa bos sini!!! Bukan lah salahguna kuasa namanya, tapi semua yang aku buat ni, dah dapat persetujuan daripada Ayah Ude. Lagipun, fully mandat dalam tangan aku.

"Alhamdulillah, rasanya elok kita berenti sekejab. Dah nak masuk asar, kita akan berjemaah kat surau opis ni,"

Mataku tertumpu kepada Encik Abdul Hamid, pegawai sistem maklumat kanan. Dari kak Hamidah. Aku dapat tau, Encik Abdul Hamid ni selalu solat kat surau opis yang cantik tu. Aku pun dah selalu terserempak, dan ambil kesempatan berjemaah kat surau tu. Kak Hamidah pun selalu solat berjemaah dengan aku. Mungkin dia dah bosan dengar pujukan dan ajakan aku.. tapi, yang penting aku nampak Kak Hamidah ada perubahan dah. Tapi, perempuan yang seorang lagi tu, Jasmin Yusrina... erm..susah lah nak kata. Dari tiga minggu lepas aku ajak solat berjemaah, alasan yang sama saja.

"Saya cutilah," hai, takkan cuti sampai 3 minggu berderet agaknya?! Konfius aku. Darah nifas memang lah iye lama. Tapi, cuti bulanan khas wanita ni, ada limitnya. Takkan nak buat macam bebudak sekolah agaknya. Tingat aku, dulu-dulu ustazah akan buat spot check, nak pastikan betul atau tak, budak perempuan ni uzur.. kalau ustazah dapat ditect, ada yang menipu..memang selamatlah kena hafal surah panjang... ni, budak besau..dah boleh jadi mak budak, takkan aku nak buat begitu agaknya... tapi, kalau kali ni aku ajak masih dengan alasan yang sama, memang sahlah aku akan praktikkan amalan ustazah aku tu!!!!

Nampak riak terkejut kat muka-muka staf yang lain. Ala, buat-buat terkejut pulak,macamlah solat berjemaah tu satu benda yang pelik...

"Encik Abdul Hamid akan jadi imam. Tapi, akan bergilir-gilirlah ye... Saya tau ramai kat dalam opis ni berkebolehan untuk jadi imam. Lagipun, pemimpin dalam keluarga itu seharusnya mampu untuk mengimamkan keluarganya. Ramai yang nak jadi pemimpin keluarga yang soleh, so inilah antara ciri lelaki soleh iaitu mampu mengimamkan paling tidak isterinya dan solat berjemaah itu adalah tuntutan yang banyak fadhilatnya kepada kita semua,"

_________________
How we spend our days is, of course, how we spend our lives
Back to top Go down
View user profile http://melayu-malaysia.netboarder.com/
mira
Moderator
Moderator


Female
Number of posts : 130
Age : 106
Location : Selangor, Malaysia
Registration date : 2008-07-09

PostSubject: Re: Buat Aku Tersenyum   Fri Jul 11, 2008 8:30 am

Alhamdulillah, syukur ke hadratNya. Perancangan aku berjaya. Tak banyak tapi cukuplah jika ia mendatangkan sedikit perubahan. Kan lebih baik, perubahan yang sedikit demi sedikit, tetapi ia konsisten daripada perubahan yang terlalu mendadak, tetapi akan goyah apabila keseronokan duniawi menggoda melalaikan.

Sekarang ni, solat berjemaah dah jadi rutin kat opis ni. Sukanya hati aku!!!! Zohor dan asar, masing-masing akan meninggalkan kerja yang bertimbun.. surau opis kian bercahaya. Alhamdulillah, tidak lagi sunyi sepi macam memula aku menjejak kaki kat opis ni. Rupanya ramai yang berkemampuan untuk menjadi imam. Cuma, kadang-kadang tu terlalai.

Tazkirah dan usrah pun aku selitkan. Walid, ku jemput khas. Alhamdulillah, walid menerima pelawaanku itu dengan hati yang terbuka.. sayanggggggg walid...Bergilir-gilir untuk menyampaikan tazkirah. Alhamdulillah, sambutan di luar jangkaan. Bukannya apa, hati kita ni perlu sentiasa diingatkan dengan hakikat keimanan. Almaklum sajalah, manusia ni imannya mudah turun dan naik, tak konsisten. Sebab hati belum hati betul-betul kuat dan dekat dengan Pencipta.

Hafeez, Adam, Malik dan Firdaus, masing-masing berusaha untuk memperbaiki diri. Razif pun kian bersemangat. Ku sisipkan satu nukilan yang menghiasi diari muslimahku kat board opis. Alhamdulillah, titipan itu telah memberikan perubahan kepada staf lelaki. Harapan aku, moga apa yang aku sampaikan itu akan dapat manfaatnya kepada umi dan walid. Kira macam bagi semangat kat staf lelaki. Bukannya apa, perkara yang selalu dibangkitkan dalam usrah mingguan adalah persoalan jodoh. Perasaan Rendah diri, selalu membataskan kesungguhan untuk berusaha mendapatkan jodoh yang baik. Nak tau ke apa yang aku lekatkan kat board opis? Ni lah...


MUSLIMIN ACUAN AL-QURAN

Muslimin Acuan Al-Quran
Ialah seorang muslimin yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Muslimin Acuan Al-Quran
Ialah muslimin yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan
Dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Muslimin Acuan Al-Quran
Ialah muslimin yang menghormati ibu bapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak-anak dan isteri mendalami agama islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat

Muslimin Acuan Al-Quran
Sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Muslimin Acuan Al-Quran
Tidak pernah membazirkan masa
Yang matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Yang bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Muslimin Acuan Al-Quran
Sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Muslimin Acuan Al-Quran
Ialah muslimin yang tidak pernah terpesona
Dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Disitulah rumah impiannya
Bersama wanita acuan Al-Quran

_________________
How we spend our days is, of course, how we spend our lives


Last edited by mira on Fri Jul 11, 2008 8:33 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile http://melayu-malaysia.netboarder.com/
mira
Moderator
Moderator


Female
Number of posts : 130
Age : 106
Location : Selangor, Malaysia
Registration date : 2008-07-09

PostSubject: Re: Buat Aku Tersenyum   Fri Jul 11, 2008 8:31 am

Razif semakin pulih. Dan khabar dari Hafeez, razif sudah dapat menerima hakikat apa yang sudah terjadi. Kata razif, dia sukakan artikel yang diterima melalui email daripada Ayah Ude. Aku senyum sajalah...

"Razif tu berpotensi untuk maju. Ayah Ude nampak masa depan yang cerah kat dia. tapi, alangkah sayangnya jika Razif tu boleh memusnahkan dirinya hanya sebab cinta."

Artikel yang pernah aku berikan pada Ayah Ude suatu masa dulu, dah pun selamat diwariskan kat razif. Aku ingat lagi, masa tu Ayah Ude sedang menghadapi zaman kejatuhan. Perniagaannya hampir punah gara-gara rakan kongsi yang berpaling tadah dan Mak Ude yang menjadi tulang belakang Ayah Ude, telah meninggal akibat barah. Hampir terduduk ayah Ude merenung masa depan yang tidak tentu. Lalu. Aku dititipkan sesuatu yang kurasakan bermanfaat. Surat itu segera ku poskan ke Australia. (Masa tu Ayah Ude, tinggal kat sana 15 tahun).



Assalamua’laikum Ayah Ude yang disayangi... Moga rahmatNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Sembah salam daripada walid dan ummi. Salam takziah daripada kami sekeluarga.

Ayah Ude,
Bersama ini, Achik Yaza sertakan titipan buat Ayah Ude. Hadamilah ia, moga ia akan memberikan manfaat kepada Ayah Ude untuk kembali teguh mendabik masa depan.


ALLAH SWT TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK HAMBANYA

Kita kecewa apabila pilihan hati melupakan kita. Kita berdukacita kerana tidak berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Pendek kata, kita merasa hampa apabila sesuatu yang kita kejar tidak kesampaian. Setiap keputusan yang berlaku ke atas diri kita merupakan ketentuan atau qada’ dan qadar Allah kepada kita, baik yang seiring dengan kemahuan kita mahupun tidak adalah rahmat daripadaNya. Allah SWT berfirman mafhumnya ".... dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik dari kamu; sedang ia melarat kepada kamu. Dan Allah mengetahui tapi kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 216)

Pengetahuan kita tentang baik atau buruk sesuatu yang kita kejari itu jauh lebih cetek berbanding dengan pengetahuan Allah SWT kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Kesemua pilihan atau ketetapanNya untuk setiap hamba seperti kita adalah yang terbaik dan paling tepat. Rahmat dan pemberian Allah kepada para hambaNya datang dalam bentuk dan gambaran yang berbeza-beza. Adakalanya ia terhidang dalam bentuk kebaikan, iaitu ketetapan-ketetapan yang sealiran dengan apa yang dihasratkan oleh hamba-hambaNya. Adakalanya juga ia terhidang dalam bentuk keburukan, iaitu ketetapan-ketetapan yang bertentangan dengan apa yang dicita-citakan oleh hambaNya.

Al-Imam Ibnu Athaillah Assakandary ada berkata yang membawa maksud ;
"Apabila Allah memberi kepadamu, nescaya Dia saksikan kepadamu kebaikanNya. Dan apabila Dia menolakmu, nescaya Dia saksikan kepadamu kekuasaanNya. Maka Dia di dalam semua itu memperkenankan dan menghadapkan kepadamu dengan sifat kehalusanNya kepadamu."

Jangan sesekali kita merasa ragu-ragu atau sangsi dengan kebaikan dan ketetapan Allah ke atas kita. Selagi kita bergelar mukmin selama itulah kita tidak perlu kecewa walaupun ketetapan yang menimpa kita tidak sepertimana yang kita jangkakan kerana ketetapan yang datang daripada Allah SWT itu adalah untuk kebaikan kita. Rasulullah SAW yang mafhumnya ;
" Demi zat yang diriku ada ditanganNya tiadalah Allah menentukan sesuatu keputusan kepada hambaNya yang mukmin melainkan akan membawa kebaikan kepadanya...." (Muslim)

Golongan mukmin seperti kita wajib menyambut qada’ dan qadar Allah SWT dengan dada yang terbuka. Pilihan-pilihan Allah SWT untuk para hambaNya, adalah yang terbaik kerana Dia Maha Mengetahui. Allah SWT yang Maha Penyayang tidak akan sesekali menganiayai para hambaNya, malah ketetapan-ketetapanNya ke atas kita adalah untuk memastikan kita semua beroleh kebaikan sama ada di dunia mahupun di akhirat jangan ada keraguan lagi dalam hati kita, seolah-olah yang lain dari ketentuanNya itu lebih baik dan lebih sempurna. Tiada ketentuan yang akan membinasakan hambaNya kecuali ke atas mereka yang tidak mengingatiNya. Terimalah dan peliharalah ketentuan Allah dengan baik, sama ada dari segi rezeki, jodoh dan seumpamanya.

Jika ketentuan itu selari dengan apa yang kita cita-citakan maka panjatkanlah kesyukuran kepadaNya. Jika ketentuan itu bercanggah dengan hasrat kita sambutlah ketentuan itu dengan hati yang terbuka kerana mengikut ilmuNya, ketentuan tersebutlah yang terbaik untuk kita walaupun bertentangan dengan kemahuan kita yang asal. Apabila kita menerima ketetapan-ketetapan Allah dengan penuh ikhlas maka akan terpadam rasa kekecewaan dan keresahan. Kegagalan tidak lagi kita rasa sebagai kegagalan. Kesusahan tidak lagi dirasai sebagai kesusahan.

Apa sahaja ketetapan Allah SWT ke atas kita umat Islam, sama ada ia seiring dengan kemahuan kita atau sebaliknya, kesemuanya untuk kebaikan kita. Walau setiap sesuatu yang tidak kita perolehi itu digantikan Allah SWT dengan yang lebih baik daripada apa yang kita inginkan. Walau apapun, percayalah dan yakinilah bahawa Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita berdasarkan ilmu dan kebijaksanaanNya.

Amin...

_________________
How we spend our days is, of course, how we spend our lives
Back to top Go down
View user profile http://melayu-malaysia.netboarder.com/
mira
Moderator
Moderator


Female
Number of posts : 130
Age : 106
Location : Selangor, Malaysia
Registration date : 2008-07-09

PostSubject: Re: Buat Aku Tersenyum   Fri Jul 11, 2008 8:36 am

Eh, salah ke pandangan mataku ni. Speck besar 60-an yang melorot ke bawah segera aku betulkannya. Dari atas sampai ke bawah. Aku meneliti gadis tu... aku salah orang ke? Tekun saja dia dok buat kerja kat tempatnya... dia ke? Eh, takkanlah..tapi, mungkin jugak dia...

"Haa, terhendap2 tu..tengok pa," sergahan Kak Hamidah membuatkan aku sedikit melatah. Nasib baik aku tak buka silat. Kalau tak, hai buat malu kaum saja. Suka hati mak chik ni saja, nak sergah orang. Bagile salam dulu sayang..

"itu..akak, mata saya ni kabur ke,? Mataku digunakan sebagai petunjuk arah mata kak Hamidah kepada subjek.

"Eh, taklah...,"

"Sejak bila...," aik, senyum pulak makchik ni..

"Cantikkan?,"

Memang betul, Jasmin Yusrina memang cantik bila bertudung. Tambah lagi dengan baju sopan...Cuma aku terkejut la jugak, macam drastik perubahan. Tapi, bukankah itu yang aku nak? Apa la aku ni, orang tu nak tutup aurat, seharusnya aku ni gembira. Ini tak, banyak pulak yang dipersoalkan...

"Tadi, akak tengok Razif pun senyum2 kat Jasmin Yusrina,"

Aik, penting ke maklumat tu kat aku.

"Senyum tu kan sedekah kak. Orang nak bagi, ambil saja lah,"

"Tapi, ni senyum len macam sikit la Syaza,"

"Biarlah kak..asalkan mereka bahagia dan tak buat benda yang melanggar syariat udah lah,"

"Herm..nampak gayanya, kasih sudah berganti,"

"Biar betul si Razif tu... malas lah otak ni nak serabutkan fikir orang len, banyak lagi kerja nak buat ni,"

"Aiii, Razif tu akak tengok padan jugak dengan Syaza,"

La ke situ pulak idea makchik ni. Baik aku cabut dulu.. silap haribulan, sampai ke anak cucu boleh makchik ni kembangkan ideanya tu.

"Takpelah kak.. Saya doakan saja mereka bahagia. Erm..saya ada banyak kerja lagi ni,"

_________________
How we spend our days is, of course, how we spend our lives
Back to top Go down
View user profile http://melayu-malaysia.netboarder.com/
mira
Moderator
Moderator


Female
Number of posts : 130
Age : 106
Location : Selangor, Malaysia
Registration date : 2008-07-09

PostSubject: Re: Buat Aku Tersenyum   Fri Jul 11, 2008 8:37 am

Akhir-akhir ni aku terima pelbagai macam hadiah misteri. Dah 2 minggu hari yang sama hari jumaat, posmen akan hantar bungkusan kat rumah aku. Dua minggu lepas, hari jumaat. Lepas balik kerja. Aku tengok ada bungkusan cantik terletak kat atas meja. Siap ada kata-kata dalam kad warna hijau pucuk pisang..macam tau-tau saja color kesukaan aku.

Wanita solehah ibarat hati dalam jasad manusia, sekiranya hati itu baik, nescaya baik seluruh anggota. Sebaliknya jika hati itu rosak maka musnahlah segalanya. ~Mujahid Solehin~

Telekung putih bersulamkan corak bunga mawar warna ungu muda. Cantik sungguh. Ini kira selamat jadi hak mutlak aku ke? Dah orang bagi ambil saja lah.. tapi, ikhlas ke? Lagipun aku tak kenal sapa yang bagi... Puas aku dok cari siapa Mujahid Solehin. rasa-rasanya tak dah dalam list kawan-kawan aku nama sealim tu. Ummi dan walid senyum saja memanjang. Angah Syuhada pun tak puas-puas mengusik. Sudahnya aku diamkan saja. Dan telekung cantik tu aku jadikan khazanah dalam almari aku.

hadiah kedua pulak, tasbih dengan tafsir alQuran. Tasbih tu walid kata mungkin daripada mekah. Aku iya kan saja lah. Pun sama. Aku dapat kad.

Andai kau memerlukan kekasih, maka pilihlah Allah, kiranya kau memerlukan teman mesra, maka pilihlah Quran, andai kau memerlukan kekuatan dalam kehidupan, maka tawaqal kepada Allah dengan kesabaran

Tidak perlu mencari teman secantik Balqis jika diri tidak seindah Sulaiman. Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha. Tidak perlu mencari teman seteguh Ibrahim jika diri tidak sekuat hajat dan sarah. Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tidak sesempurna Muhammad saw
~Mujahid Solehin~


Siapalah yang sudi membazirkan duitnya untuk semua hadiah ni. Membazir sajalah. Lebih baik tunjukkan muka kalau berani... sepanjang hari aku membebel.

_________________
How we spend our days is, of course, how we spend our lives
Back to top Go down
View user profile http://melayu-malaysia.netboarder.com/
mira
Moderator
Moderator


Female
Number of posts : 130
Age : 106
Location : Selangor, Malaysia
Registration date : 2008-07-09

PostSubject: Re: Buat Aku Tersenyum   Fri Jul 11, 2008 8:40 am

Fail berkulit kuning tu kuhempaskan atas meja. entah mengapa, akhir-akhir ni hatiku panas. Agaknya panas dengan kejadian hadiah misteri. Ataupun panas sebab tengok kemesraan Razif dengan Jasmin Yusrina. Ish, Kenapa la aku ni. Biarlah... tapi, tadi... hai hati..

Lunch tadi Ayah Ude belanja staf dia makan, termasuklah aku. Tapi, entahlah. Tiba-tiba hati terasa terusik bila tengok kemesraan Razif dengan Jasmin Yusrina. Yang di razif tu, asyik merenung saja Jasmin Yusrina makan. Hai, tak tau jaga pandangan mata sungguh la. Siap usik-usik lagi. Panas rasanya darahku. Kalau dah bekenan, kahwin saja lah..kan senang, tengok saja siang malam, toksah buat kerja len.belekle puas-puas...

Hai hati, kenapalah macam ni... rasa nak makan tiba-tiba rosak. Rahsia yang kusimpan sejak di alam kampus kubongkarkan kembali. Rahsia yang membawa kepada 1 kelukaan dalam hidupku.


Dia seorang yang bijak. malah tidak kunafikan, ramai siswi yang merisik khabar ruang kosong di hatinya. Apabila dia bangun untuk membuat presentation, mesti ramai yang akan memberikan perhatian. Taktaulah apa aura yang ada padanya. Tapi,kata-katanya memang tersusun. Cuma, dia cukup anti dengan siswi bertudung labuh yang digelar khemah bergerak.

Hari tu adalah hari yang paling menyedihkan. Dan aku takkan melupakan hari yang cukup membuatkan aku terseksa untuk menyelesaikan pengajian yang masih berbaki setahun. Hari yang cukup memalukan.

Aku dituduh perigi bocor!!! Terpinga aku tatkala melangkah masuk ke kelas pagi tu.

"Saya minta maaf, Saya rasa bukankah lebih baik awak tumpukan pada pengajian. Mengapa masih perlu difikirkan tentang jodoh. Sekarang bukanlah masanya. Kak ayunie ada menqiaskan kepada saya hajat awak . Tapi, saya minta maaf. Saya perlu mengutamakan pengajian saya...,"

Kak ayunie? Senior tahun akhir yang kurang mesra denganku. Apakah yang terjadi?! Mengapa Razif kata macam tu... sejak hari tu, 1 kelas macam memulaukan aku. Aku dikatakan perigi mencari timba. Sengaja menghantar borang permohonan walaupun tahu tak layak. Salah faham tu akhirnya terbawa sampai ke tahun akhir pengajianku. Ada teman-teman baik yang mengesyorkan kepadaku supaya menyelesaikan salah faham itu dengan kak ayunie dan Razif. Namun. Aku hanya mengambil langkah mendiamkan diri. Sampaikan ummi dan walid marah padaku. Kata walid. Aku perlu menegakkan kebenaran itu. Lantas, ku katakan pada walid..biarlah walid..satu hari nanti, kebenaran itu pasti akan berpihak pada yang hak!

Benar seperti kataku. Pada hari konvokesyen, bersaksikan walid dan ummi. Kak ayunie menangis di hadapanku dan razif telah dibawa untuk menjelaskan hal sebenarnya. Kak ayunie mengaku dia hanya bertujuan untuk memalukan aku kerana seorang senior siswa telah menolak hasratnya kerana senior itu menyatakan dia telah mempunyai pilihan hati iaitu junior bernama Nurul Syaza. Memang aku tidak kenal senior yang dimasukkan oleh kak ayunie. Kata kak ayunie, dia tidak dapat menerima hakikat itu. Seolah-olah dia tewas dengan aku yang hanya gadis biasa. Lalu, terciptalah kisah dongeng yang cukup menyeksakan aku selama setahun. Aku hanya tersenyum. Tidak pulak aku hamburkan kata-kata makian. Ahh, itu bukan didikan ummi dan walid. Dan aku sendiri punyai prinsip. Setiap malam sebelum aku lelapkan mata. Aku akan maafkan apa juga kesalahan orang. Dengan itu aku menjadi tenang. Alhamdulillah. Cuma, terfikir ada jugak lelaki yang terdesak sampaikan sanggup menyusahkan aku. Kalau dah tak suka, cakap sajalah. Mengapa perlu membabitkan aku?!

Razif hanya diam membisu.

_________________
How we spend our days is, of course, how we spend our lives
Back to top Go down
View user profile http://melayu-malaysia.netboarder.com/
mira
Moderator
Moderator


Female
Number of posts : 130
Age : 106
Location : Selangor, Malaysia
Registration date : 2008-07-09

PostSubject: Re: Buat Aku Tersenyum   Fri Jul 11, 2008 8:44 am

Tawaran ke Tokyo selamat di gengaman aku. Tawaran untuk melanjutkan pengajian dalam bidang yang amat kuminati. Seusai maghrib berjemaah, walid seperti kelazimannya akan mengadakan usrah. Selesai tazkirah. Aku mula bersuara.

"Walid, ummi..Achik nak minta pendapat,"

Walid dan ummi senyum.

"Walid dan ummi benarkan Achik pergi tapi dengan syarat," La bersyarat ke? Walid dan ummi adalah penaja pengajianku. Dulu mereka pernah berjanji, akan membiayai pengajianku jika aku setuju terima tawaran kerja di syarikat Ayah ude. Dah pun aku tunaikan. Ada lagi ke?

"Nak ke Tokyo, walid benarkan tapi pergi dengan mahram,"

Konfius!!! Dengan mahram?

"Walid nak sambung Phd ke Tokyo ke?" hatiku berbunga riang. Sekurang-kurangnya aku akan berteman.

"Tak," pendek tapi cukup mematikan bunga yang riang tadi.

"Habis tu,"

"Pergi dengan suami!" aku terkedu.


Majlis akad nikah telah pun selesai. Penat!!!!! Namun berbaloi.. aku tersenyum Rupanya, suamiku ni telah lama buat solat istikharah.semasa dia pertama kali terpandang aku hari jumaat sewaktu berselisih jalan ke masjid. Setelah yakin dengan keizinan Allah, dan dia merasakan dia mampu, akhirnya dalam diam dia merisik aku daripada ummi dan walid.
"cantik achik Yaza," pengantin baru Ayah Ude dengan Kak Hamidah opss mak Ude sempat memuji. Speck zaman ago go kuletakkan di tempatnya. Kugantikan dengan kanta sentuh. Inipun, ayah Ude dan mak uDe yang sponsor...
Sempat Mak Ude berbisik, razif membawa diri. Tu lah, siapa suruh lambat masuk meminang. Hai sempat Mak Ude bergurau ye. Rupanya razif hanya berpura bermesra dengan Jasmin Yusrina untuk mengundang reaksi aku. Akhirnya melepas...
Aku hanya tersenyum. Suamiku pun tersenyum.

Hadiah yang diberi setiap hari jumaat itu adalah idea walid... semua ni buat aku tersenyum.. Lusa aku akan berlepas ke Tokyo. Bulan madu sekaligus menyambung pengajian. Berteman! Seperti kata walid, bersama dengan Suami!!!

Mujahid Solehin bin Ahmad Soleh. Macamana lah aku boleh tak ingat nama senior aku ni?! Senior yang menyebabkan aku merana setahun. Tetapi akhirnya, dialah yang buat aku tersenyum...



_________________
How we spend our days is, of course, how we spend our lives
Back to top Go down
View user profile http://melayu-malaysia.netboarder.com/
d.diaries
Moderator
Moderator


Female
Number of posts : 63
Location : Petaling Jaya
Registration date : 2008-07-10

PostSubject: Re: Buat Aku Tersenyum   Fri Jul 11, 2008 2:30 pm

senyum tu sedekah...

Korang nampak tak DD tengah senyum kat korang nih Very Happy Very Happy Very Happy
sedekah dihari jumaat Very Happy Very Happy Very Happy



lol! lol! lol! lol! lol!
Back to top Go down
View user profile
J0Jo
Administrator
Administrator


Male
Number of posts : 22
Location : Kuala Lumpur, Malaysia
Registration date : 2008-07-09

PostSubject: Re: Buat Aku Tersenyum   Sat Jul 12, 2008 1:59 am

Laughing Laughing Laughing Laughing Arrow Arrow cyclops cyclops
Back to top Go down
View user profile http://melayu-malaysia.netboarder.com
Sponsored content




PostSubject: Re: Buat Aku Tersenyum   Today at 10:26 am

Back to top Go down
 
Buat Aku Tersenyum
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Chinese privet in a new pot

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Melayu Malaysia Forum :: Hobi :: Karya Kreatif-
Jump to: