Melayu Malaysia Forum

.: Komuniti Melayu Malaysia Yang Lain Daripada Yang Lain :.
 
HomeHome  GalleryGallery  RegisterRegister  Log in  
December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
CalendarCalendar
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» Hiv Hearbal Drug Therapy Canada
Thu Aug 04, 2011 7:59 am by Guest

» buy guaranteed facebook fans dp
Wed Aug 03, 2011 3:09 am by Guest

» When the first Whirlpool Duet album was released in December 2001 came as a surprise to the public
Tue Aug 02, 2011 8:09 am by Guest

» Medicines From Rainforest Plants
Mon Aug 01, 2011 3:40 am by Guest

» Memorial Family Medicine Bryan Tx
Thu Jul 28, 2011 10:53 pm by Guest

» Rahsia Awet Muda Para Wanita
Mon May 16, 2011 11:07 pm by ASBN

» TuneTalk Sumber Menjana Pendapatan Bulanan
Mon May 16, 2011 11:01 pm by ASBN

» email 2 money
Tue Nov 16, 2010 10:58 pm by coolerzzz

» email 2 money
Tue Nov 16, 2010 10:58 pm by coolerzzz

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 16 on Mon Oct 05, 2009 9:14 pm
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Statistics
We have 57 registered users
The newest registered user is warrcleme

Our users have posted a total of 532 messages in 122 subjects
Poll
Advert
Adv

Share | 
 

 "..Kisah Penjual Tempe.."

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
put3temasek
Team
Team


Female
Number of posts : 19
Age : 30
Location : west/north area SINGAPORE
Registration date : 2008-07-19

PostSubject: "..Kisah Penjual Tempe.."   Tue Jul 22, 2008 12:12 am

Kisah Penjual Tempe..Bagus kisah nih bacalah..
Sesungguhnya tiada kuasa lain yang dapat menandingi kekuasaan Allah swt..
Moga menjadi iktibar.

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat.
Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya dipasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber
pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba
dia tersedar tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh
jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain.
Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang
masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana
hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa
Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun
mengangkat kedua tangannya sambil berdoa.."Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini
menjadi tempe..Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti
mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung
jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe .
Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun
mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu.
Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar
jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia
termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah
tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.
Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa
barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil
berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah,
dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku.
Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin"

Lalu dia pun berangkat di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe
yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi?
Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak
adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilahsatu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe.

Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi,
para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya.

Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali
terakhir, "Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini." Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya
mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa
di dalam hatinya.."Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin"

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah
seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun ra sa gembira dalam hatinya dan
bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum
wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita
itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan
tempe itu akan dikirimkan ke England ,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya
apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah
menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun
kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih
mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan
sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita
sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah
seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan
berpesan ke arah kebaikan...oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi.
Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat insyaallah.. @->-
Back to top Go down
View user profile http://www.friendster.com/put3temasek
d.diaries
Moderator
Moderator


Female
Number of posts : 63
Location : Petaling Jaya
Registration date : 2008-07-10

PostSubject: Re: "..Kisah Penjual Tempe.."   Thu Jul 24, 2008 8:50 pm

Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya...


flower flower flower flower flower flower flower flower flower flower flower flower flower flower flower flower flower
Back to top Go down
View user profile
 
"..Kisah Penjual Tempe.."
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Challenge 2: "Shagadelic 70's!"
» "Growing In Kindness" is now available
» Help identifying stoneware signature "S A H"
» "Trailer Park Boys"
» "The Victorian Affair." (Character Creation) RELOADED

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Melayu Malaysia Forum :: Santai Sekejap :: Kisah Pedoman & Iktibar-
Jump to: